Baru-baru ini Noli sempat menonton  filem Lion King 3D di Midvalley Megamall. Filem itu sungguh menghiburkan dan menceriakan dengan lagu-lagu yang menarik dan animasi yang penuh warna-warni.

Noli paling gemarkan lagu Hakuna Matata yang bermaksud Jangan Risau dalam bahasa Swahili iaitu bahasa yang dituturkan di Tanzania, Afrika dan beberapa negara jirannya.

Malah nama Simba yang digunakan untuk watak utama juga bermaksud Singa dalam bahasa Swahili.  Babak yang paling Noli suka adalah ketika Simba menari sambil menyanyikan lagu Hakuna Matata bersama teman-teman yang baru dikenalinya.

 

 

Noli faham serba sedikit bahasa Swahili kerana pernah bercuti di Tanzania dan Pulau Zanzibar di Afrika ada Februari 2008. Ia antara percutian terhebat yang pernah Noli lalui.

Satu lagi lagu yang Noli gemarkan adalah The Lion Sleeps Tonight.

Bagi Noli, Lion King 3D bukan sahaja untuk tontonan kanak-kanak semata-mata, tetapi boleh ditonton oleh golongan dewasa kerana ia boleh membuatkan kita melupakan seketika tekanan (jika ada)  melalui watak-watak yang lucu, penuh warna-warni dan lagu-lagu yang menyegarkan.

Selepas ini filem animasi yang Noli nanti-nantikan kemunculannya adalah Happy Feet 2 pada bulan depan….