It is Friday. Hari ini hari Jumaat. Thank god its friday. Hari Jumaat merupakan hari kegemaran ramai hampir di seluruh dunia. Bagi umat Islam, Jumaat merupakan penghulu segala hari.

Sementara masyarakat Barat menganggap Jumaat sebagai hari untuk berparti menjelang hujung minggu. Ketika Noli lebih muda dan baru memasuki alam pekerjaan, hari Jumaat  menjadi hari yang paling yang dinanti-nantikan untuk berparti bersama teman.

Dulu kami gemar ke Hard Rock Cafe, kelab El Nino di Jalan Mayang (saya tidak pasti sama ada ia masih beroperasi atau tidak pada hari ini), Modesto’s atau mana-mana kelab di Bangsar untuk berparti.

Namun seiring peningkatan usia dan tanggungjawab di tempat kerja, parti pada setiap Jumaat tidak lagi menjadi rutin. Mungkin juga kerana Noli sudah tua, puas berparti dan jemu. Apa lagi teman-teman yang berparti bersama juga sudah berkeluarga dan ada yang berhijrah ke luar negara.

 Kini hari Jumaat menjadi hari bertemu rakan-rakan untuk lepak di kedai mamak dan menikmati teh tarik. Atau menikmati ais krim Baskin Robbins di Bangsar bersama teman sambil berbual-bual mengenai banyak perkara (termasuk gosip dan mengumpat) dan membuat lawak jenaka untuk ketawa.

Kadangkala Noli menghabiskan petang Jumaat dengan membeli-belah atau sekadar window shopping.

Jumaat kali ini merupakan hari yang sibuk bagi Noli kerana ada lebih dari satu mesyuarat untuk dihadiri. Apa pun Noli berharap perancangan untuk bertemu rakan-rakan malam ini akan berjalan lancar dan dapat menikmati hujung minggu yang indah…

Selamat berhujung minggu semua…