Bila tiba hari Isnin maka bermulalah minggu yang baru. Ramai orang tidak sukakan hari Isnin kerana sebab-sebab tertentu.

Namun bagi Noli hari Isnin hari yang paling fresh kerana sudah menjadi rutin pada hari Sabtu dan Ahad untuk berjalan kaki di FRIM, Kepong. Ia merupakan lokasi kegemaran Noli untuk berjalan kaki kerana pokok-pokok yang besar dan suasana redup membolehkan Noli berjalan kaki biarpun bangun pada pukul 12 tengahari.

 

Noli takut ke FRIM ketika hujan atau selepas hujan. Kerana pasti akan terkena pacat ketika berjalan. Dulu ketika bertugas di Johor Bahru kebun bunga di Istana Besar Johor Bahru menjadi lokasi kegemaran Noli untuk berjalan setiap hari. Namun kini Noli dimaklumkan sebahagian daripada kawasan kebun bunga itu ditutup.

 Jika ada waktu terluang (dan wang lebih) Noli akan ke spa juga untuk merehatkan tubuh dan diri pada hujung minggu. Bagi Noli hujung minggu yang dilalui baru-baru ini adalah indah. Pada hari Jumaat, Noli melepak di kedai Nasi Kandar Pelita di Bangsar hingga awal pagi. Kemudian hari Sabtu Noli ke FRIM dan hari Ahad pula ke spa.

Semalam sewaktu balik dari FRIM, Noli bertembung dengan jiran yang jarang ditemui. Jiran berkenaan memberitahu Noli nampak lebih kurus dari dulu. Malah tukang urut di spa juga memberitahu perkara yang sama. Dua orang inilah yang sebenarnya menjadikan hujung minggu Noli indah….haha

 
Hari Isnin  juga merupakan hari yang sibuk di pejabat. Minggu ini Noli akan ke sebuah bandar di pantai timur atas urusan kerja. Ini merupakan pertama kali Noli akan bermalam di hotel di bandar tersebut. Harap semuanya berjalan dengan lancar.

Tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia. Biarpun mendapat tentangan berhubung isu harga tiket perlawanan bolasepak berkenaan berlangsung tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Semuanya berjaya ditangani oleh pihak berkuasa secara rasional.

Dengan bermulanya minggu baru maka bermulalah bulan baru iaitu bulan November. Ini bermakna tidak lama lagi kita akan menyambut tahun baru 2012.

Tahun 2011 mencatatkan banyak kenangan pahit dan manis bagi Noli. Antara kejayaan adalah berjaya memiliki lesen menyelam yang Noli rancangkan sejak lima tahun yang lalu. Dari segi kerjaya juga banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun ini. Semua itu pengajaran dan pengalaman.

Marilah kita sama-sama doakan minggu ini akan menjadi minggu yang indah, penuh bermakna dan produktif bagi kita semua…..