Kesesakan jalanraya yang berlaku selepas hujan di Kuala Lumpur adalah satu perkara biasa. Jadi apabila hujan Noli lebih rela menghabiskan masa melayari Internet di pejabat atau menyiapkan kerja-kerja lain dari memandu pulang dalam keadaan  jalan yang sesak.

Memandu dalam keadaan tersebut boleh menyebabkan stress dan meletihkan. Bagi  menghabiskan masa menunggu kesesakan jalanraya danhujan reda Noli biasanya melayari laman-laman web gosip dan berita. Noli tertarik dengan berita dari agensi berita nasional Bernama ini:
Pekerja Indonesia di Malaysia hantar pulang AS$1.7 bilion

JAKARTA 1 Nov. – Pekerja Indonesia di Malaysia mengirim pulang ke tanah air mereka wang berjumlah AS$1.7 bilion di suku ketiga tahun ini (2011), demikian menurut catatan bank pusat, Bank Indonesia (BI).

Angka itu mewakili lebih daripada separuh jumlah wang sebanyak AS$2.91 bilion yang dikirim pulang oleh tenaga kerja Indonesia (TKI) yang bekerja di kawasan Asia Pasifik.

Jurucakap BI, Difi Johansyah berkata, kiriman wang oleh pekerja Indonesia di luar negara ke tanah air mencapai AS$5.05 bilion atau kira-kira Rp43 trilion sepanjang suku ketiga tahun ini dan TKI yang bekerja di kawasan Asia mengirim pulang paling banyak wang.

“TKI di kawasan Asia Pasifik mengirim wang ke Indonesia mencapai AS$2.91 bilion. Terbesar dibandingkan kawasan lain,” kata Difi seperti yang dipetik detikfinance di portal berita detik.com di sini, Selasa.

Beliau berkata, TKI yang bekerja di kawasan Timur Tengah dan Afrika mengirim pulang wang berjumlah AS$2.01 bilion dan daripada jumlah itu mereka yang bekerja di Arab Saudi menyumbang jumlah paling besar iaitu sebanyak AS$1.68 bilion. – Bernama

Bagi Noli ini satu jumlah yang banyak. Warga Indonesia memang kuat mencari wang untuk menyara keluarga di kampung halaman.

Tukang urut yang Noli kenali di spa turut menjual pakaian-pakaian yang dibawa dari Bandung kepada para pelanggannya untuk menambah pendapatan.

Mereka memang kreatif, gigih dan  mempunyai survival skill yang tinggi dalam meningkatkan kualiti kehidupan.

Dan mereka juga berani meninggalkan tanahair untuk merantau demi kehidupan yang lebih baik. Ada masanya Noli kagum dengan kegigihan mereka dalam meningkatkan taraf hidup.

Selagi kita mempunyai tenaga dan fikiran, kita tidak harus berhenti untuk cuba mencari kehidupan yang lebih baik…