Jumaat kali ini merupakan hari yang sibuk bagi Noli. Ini kerana sejak dari hari Rabu, Noli berada di Kemaman dan bermalam di sebuah hotel di Cherating.

 Pantai Cherating memang indah tapi memandangkan Noli ke sana atas urusan kerja Noli hanya mampu melihat pantai dari jauh dan mendengar bunyi ombak dari bilik hotel sahaja.

Ketika di Kemaman, Noli sempat singgah makan di Kuala Kemaman.

 Di sana Noli menikmati satar, pais ikan dan keropok lekor. Itu merupakan pengalaman pertama Noli makan satar. Bagi Noli rasanya tidak jauh beza dengan solok lada.

Memandangkan hidangan satar itu agak kecil jadi Noli makan dalam jumlah yang banyak sampai puas. Akhir sekali ramai yang terkejut melihatkan timbunan daun pisang pembalut satar yang tinggi menggunung di depan Noli.

Hari khamis semalam juga hari yang sibuk bagi Noli. Pagi lagi sudah  bertolak dari Cherating ke Kemaman. Semalam waktu makan tengahari di Kemaman, Noli berpeluang merasa puding raja yang dikatakan menjadi trademark negeri Pahang. Noli sukakan puding raja walau ramai yang katakan ia terlalu manis.

Ketika di Kemaman Noli terpaksa meredah hujan kerana perlu menyiapkan tugasan penting. Kemudian petang pula bergegas dari Kemaman ke Kertih untuk penerbangan pulang ke Subang.

Pagi ini dalam perjalanan ke pejabat jalan raya agak sesak pula. Mungkin kerana ramai yang sudah mengambil cuti atau bekerja separuh hari untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidil Adha.

 

 

Sehingga kini Noli masih belum buat keputusan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di mana….