Hari ini Noli terbaca mengenai semakin ramai wanita dan ada lelaki yang menjadi mangsa penipuan di Internet sehingga kerugian beratus ribu RM.

 Antara modus operandi penipu ialah memikat mangsa melalui ayat-ayat cinta sebelum mendakwa menghantar bungkusan mengandungi barangan berharga dan memerlukan bayaran tertentu.

Akhbar hari ini menyebut sifat tamak dan buta cinta punca utama wanita tertipu. Sebagai seorang wanita yang masih bujang Noli faham perasaan sunyi, ingin berteman dan disayangi menyebabkan golongan wanita mudah terpedaya.

Noli berdoa semoga Noli dipelihara Allah dari tertipu sebegini. Pada masa yang sama Noli cuba sedaya-upaya menjaga diri.

Bagi Noli dari membiarkan diri tertipu dengan cinta palsu lebih baik golongan wanita itu habiskan duit sendiri dengan `pasang badan’ dancantikkan diri.

 Bukanlah gunakan botox tetapi mungkin wang yang banyak boleh digunakan untuk membeli pelbagai supplement yang dapat meningkatkan kesihatan dan kejelitaan.

 Biar bekas-bekas teman lelaki yang pernah menolak cinta mereka  menyesal kerana tidak membalas cinta mereka satu masa dulu.
 
 Harap-harap jika badan masih bergetah, masih boleh mendapat jodoh biarpun di usia senja. Better late than never…haha