Semalam  hari Rabu, Noli banyak menghabiskan masa untuk diri sendiri. Cuaca selepas kerja semalam amat baik.

Keluar dari pejabat  Noli gemar menghabiskan masa berjalan kaki di taman KLCC sehingga gelap. Dengan cuaca yang baik dan bulan mengambang, berjalan kaki di taman KLCC malam tadi memang cukup mendamaikan jiwa.

Selepas itu Noli ke Bangsar untuk menikmati aiskrim Baskin Robbins. Pada setiap hari Rabu, Baskin menawarkan dua scoop aiskrim pada harga satu scoop bagi mereka yang membawa apa-apa barangan tidak kita bag atau baju berwarna merah jambu.

Tawaran berkenaan dikenali sebagai Pink Wednesday. Noli sentiasa menanti hari Rabu untuk ke Baskin Robbins sejak tahu mengenai tawaran berkenaan sedikit masa dulu.

Semalam juga, Noli bertemu beberapa kawan lama di alam siber dan secara empat mata ketika berjalan di Suria KLCC. Kebanyakannya memberikan kenyataan-kenyataan peribadi bersifat positif mengenai Noli.

 Namun yang paling menyentuh hati ialah mesej dari bekas teman lelaki hampir 15 tahun dulu yang kini menetap di United Kingdom. Beliau minta maaf kerana mengambil keputusan tidak berkahwin dengan  Noli dulu dan mendakwa Noli cinta pertamanya. Entahkan betul atau tidak.

 Noli tidak pasti sama ada dia bercakap benar. Dan mungkin hari ini soal itu sudah tidak penting lagi. Namun, Noli tidak menyangka dia akan minta maaf selepas hampir 15 tahun.

Tapi tengok daripada gaya dan rupa beliau pada hari ini Noli bersyukur yang dia bukanlah suami Noli pada hari ini….Nasib baik kita tak nikah dulu awak….haha