Bila terbaca twitter kawan-kawan barulah Noli perasan esok Jumaat bertarikh 11.11.11. Kalau tidak silap ramai juga akan berkahwin pada tarikh ini. Nanti kita tunggu dan baca saja berita yang akan disiarkan.

Sesetengah orang pentingkan tarikh. Namun  setengah tidak. Bagi Noli cuma nombor pendaftaran kereta Noli yang  mengikut tarikh lahir Noli.

Pada awal tahun ini ada yang pernah meramalkan pilihanraya umum ke-13 akan diadakan pada tarikh 11.11.11. Tapi Perdana Menteri kita baru saja tiba dari Tanah Suci semalam.

Sebelum ini pusat membeli belah yang bakal dibuka di Johor, Johor Premium Outlet dikhabarkan akan dibuka pada 11.11.11 tapi kini khabarnya ditunda 11 Disember 2011.

Bagi orang Islam perlulah mengutamakan kepentingan Hari Jumaat sebagai penghulu segala hari dan hari untuk kaum Adam pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat berbanding tarikhnya.

Noli tidak ada perancangan apa-apa esok. Mungkin hanya akan mengikuti perkembangan mereka yang meraikan tarikh ini dengan cara mereka sendiri…