Khabar angin bahawa Parlimen akan dibubarkan pada hari ini 11.11.11 tidak menjadi kenyataan.

Hari ini berlalu dengan tenang dan biasa. Noli tertarik dengan laporan muka depan akhbar The Star hari ini yang menyenaraikan 11 sebab kenapa Parlimen tidak  dibubarkan pada 11.11.11.

Sementara ketika membaca akhbar New Straits Times hari ini pula Noli seronok melihat iklan-iklan dan gambar-gambar yang disiarkan dalam imej 3D. Rasa teruja dan ceria melihat imej-imej berkenaan. Good job NST

 
Noli rasa selepas ini pasti ada tarikh lain yang akan diramalkan sebagai hari pembubaran Parlimen. Masyarakat Malaysia sangat bijak dan kreatif dalam membuat andaian dan pelbagai tanggapan.

 Noli ada terdengar cakap-cakap yang mengatakan Parlimen mungkin dibubarkan pada bulan Mac. Tapi tidak tahulah bila tarikhnya. Mungkinkah 12.03.12. Atau 12.12.12? Parlimen yang ada kini jangka hayatnya sehingga 2013.

Noli tidak sabar mahu pulang kerana hujung minggu lalu tidak berpeluang berehat memandangkan sambutan Hari Raya Haji. Sepanjang minggu ini juga Noli agak sibuk di pejabat dengan mesyuarat dan laporan.

 Jadi hujung minggu ini memang paling dinanti-nantikan untuk memanjakan diri dan berehat kerana badan rasa seperti sudah lemau. Selamat berhujung minggu semua……