Bila tiba musim cuti sekolah pasti banyak filem-filem menarik yang ditayangkan di panggung. Apabila membaca suratkhabar hari ini Noli baru sedar banyak cerita menarik akan masuk panggung.

Cerita-cerita berkenaan bukan sahaja sesuai untuk golongan kanak-kanak malah untuk orang dewasa. Golongan yang bekerja keras seperti Noli boleh merehatkan minda dengan menonton pelbagai cerita animasi yang penuh warna-warni yang pasti menceriakan mood dan membuatkan Noli ketawa.

Selain cerita Happy Feet 2 yang sedang ditayangkan Noli juga ingin menonton filem Puss In Boots yang wataknya merupakan salah satu watak dari filem Shrek. Puss In Boots mula ditayangkan hari ini.

Namun masalah menonton filem-filem sebegini ialah panggung akan penuh sesak dengan kanak-kanak dan ada di antara mereka yang sukar duduk diam.

Noli ada terdengar sinopsis filem Abuya di radio. Bunyinya macam menarik saja namun tidak pasti dapat mencari masa untuk menonton filem ini.

Noli perlu cari masa supaya berpeluang menonton filem-filem ini. Kadangkala masalah mencari tempat meletak kereta dan keadaan tempat membeli-belah yang penuh dengan orang ramai  membuatkan Noli malas untuk menonton.

Noli tidak pasti sama ada misi Noli untuk menonton filem, bersenam jalan kaki di FRIM dan berehat akan tercapai atau tidak pada hujung minggu ini…..