Noli terbaca dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini bahawa penyanyi lelaki yang didakwa digilai ramai wanita Anuar Zain mengaku melakukan rawatan membentuk wajah.

Noli rasa rawatan ini pasti untuk kelihatan sentiasa muda dan tidak dimamah usia. Noli sudah agak Anuar melakukan rawatan itu kerana kadangkala wajah Anuar dilihat menepati ciri-ciri yang disukai oleh golongan wanita atau mungkin lelaki? Haha itu Noli tidak pasti.

Anuar mempunyai senyuman menawan, bentuk muka dan bibir yang menarik selain kulit wajah yang licin dan tegang.

Apabila membaca Berita Harian pula Noli terbaca mengenai azam Fasha Sandha untuk mengurangkan berat badan kerana dicemuh ketika berpakaian seksi baru-baru ini. Gaun seksi Fasha baru ini memang daring habis.

Rupanya diva seperti Fasha juga menghadapi masalah berat badan bukan Noli seorang. Noli juga pernah dicemuh kerana gemuk. Seorang editor akhbar berbahasa Melayu yang sehingga kini masih menulis pernah berkata kepada Noli, `Ada orang Puteri UMNO ajak aku keluar minum. Tapi aku takut nak jumpa dia kerana aku takutlah dia gemuk macam kau.’

Seorang rakan setugas lelaki yang lain apabila tahu Noli secara kebetulan bertemu dengan seorang personaliti lelaki yang kaya tanahair di satu majlis pula berkata, `Ala kau bukan taste dia.’..

Noli sudah penat dicemuh dan dilabel sebagai bukan taste orang itu dan bukan taste orang ini. Biarlah mulut masing-masing, nak cakap pun ikut sedap hati masing-masinglah juga.

Berbalik kepada soal menjaga kecantikan seperti yang dilakukan oleh Anuar dan Fasha, kalau ada wang, semuanya serba boleh. Boleh muda, boleh cantik dan boleh kurus.

Bagi orang biasa seperti Noli hanya boleh lakukan setakat yang termampu sajalah untuk menjaga penampilan diri.

Alangkah indahnya kalau Noli banyak wang, boleh kurus dan cantikkan diri terutamanya pada orang yang pernah  mencemuh diri ini satu masa dulu.