Skuad Harimau Muda memenangi pingat emas setelah menewaskan pasukan tuan rumah pada peringkat akhir perlawanan bolasepak baru-baru ini biarpun berhadapan dengan perang psikologi yang maha hebat.

Ketabahan dan semangat kental mereka wajar kita contohi.

Noli juga pernah jadikan cacian dan hinaan pembakar semangat sepanjang hidup ini. Dulu waktu bersekolah arwah orang tua Noli berpendapatan rendah  berbanding saudara mara yang lain. Semasa bersekolah ramai yang sangkakan Noli hanya sekadar akan menjadi Minah Kilang atau kerja biasa-biasa saja bila tamat persekolahan.

Noli tidak ada guru tuisyen persendirian mahupun bilik belajar eksklusif seperti saudara-mara yang lain.

Tetapi keputusan Sijil Pelajaran Noli melayakkan Noli ke matrikulasi. Bila berjaya masuk matrikulasi ramai pula yang mengatakan ala…lepasan universiti bersepah tak de kerja sekarang. 

Dan bila Noli mula belajar berpacaran di universiti ada juga yang menjangka Noli tidak akan tamat belajar.  Mereka katakan Noli tidak belajar tapi bercinta 24 jam dan pasti hanyut.

Kurang dua minggu selepas peperiksaan akhir Noli sudah mula bekerja kerana tidak sabar mengirimkan duit kepada arwah ibu. Ada juga yang mengina  profesion pertama Noli dengan mengatakan ala tidak perlu ada ijazah pun boleh buat kerja itu.

Selepas beberapa tahun syarikat Noli menghadapi masalah kewangan dan tutup. Ramai yang berpura-pura mengambil berat tapi sebenarnya kepoh saja ingin mengetahui perkara buruk yang menimpa Noli iaitu hilang pekerjaan.

Pada masa itu semua menjangka Noli bakal menganggur untuk waktu yang lama. Dan mungkin hidup tanpa arah tujuan. Namun selepas itu Noli dapat menyertai sebuah syarikat senaraian awam. Kebelakangan ini syarikat itu sudah tidak segah dan semakmur dulu dari segi kewangan. 

Maka ramai saudara mara yang membuat kenyataan seperti,` Kerja di situ lagi?’ dengan wajah sinis.

Tapi kini Noli berpejabat di KLCC. Setakat ini soalan yang diterima dari saudara-mara ialah, ` Kerja di mana sekarang?’

 Itu bab kerja. Belum masuk bab pencapaian peribadi.

Usia Noli sudah mencecah hujung 30-an dan masih bujang. Saudara-mara sudah menyarankan Noli mengambil anak angkat untuk menjaga Noli di usia tua. Noli tidak mahu kerana seolah-olah tidak ikhlas menjaga anak itu dengan niat mahu mempergunakannya. Noli tidak kisah tinggal di rumah orang tua-tua jika tidak berpasangan sampai mati.

 Ada juga yang mencadangkan  Noli nikah saja siapa yang ada dan tidak perlu memilih kerana beggers cant choose. Begitu rendahpandangan mereka pada Noli.

Seorang sepupu wanita yang masih bujang pada usia 50 tahun dan mungkin sedang menghadapi krisis menopause dengan yakin meramalkan Noli juga akan mengikut jejak langkahnya. Ye ke?

Entahlah…Noli mahu tunggu dan lihat saja. Tapi dalam hati ada cinta….