Kita memang tidak dapat lari dari stress. Tapi ada masanya ia sukar untuk ditangani kerana pelbagai sebab mungkin termasuk kadar hormon dalam badan pada satu-satu masa haha.  Noli stress dari malam tadi.

Perancangan untuk pulang awal dari pejabat musnah apabila terpaksa membantu seorang teman menyiapkan satu tugasan. Sebenarnya malam tadi Noli berjanji untuk bertemu seorang teman yang sedang berhadapan dengan masalah. Sebab itu merancang untuk pulang awal.

Namun bila tersangkut di pejabat teman yang ingin Noli temui selepas kerja pula memberitahu jumpa lambat pun tak mengapa, kalau boleh selepas maghrib.

Noli sudah mula pening kerana jika boleh ingin bertemu dengan teman awal dan pulang awal memandangkan semalam dan hari ini hari bekerja. Jika hujung minggu jumpa sehingga jam 3 pagi pun tidak ada masalah. Noli jarang tidur lewat pada hari bekerja.
Keluar dari pejabat Noli tersangkut dalam kesesakan lalu-lintas yang teruk. Pening lagi. Teman yang sudah siap untuk bertemu sms bertanya akan sampai pukul berapa. Noli merungut dalam hati, tadi katakan jumpa lambat pun tak mengapa. Ini macam tak sabar-sabar hendak berjumpa pula.

 Noli katakan dek kerana hujan dan jalan sesak Noli masih lagi dalam kawasan pusat bandar. Kami berjanji untuk bertemu di Shah Alam.

Sepanjang jalan ke Shah Alam juga sesak. Menambahkan pening. Apabila Noli hampir tiba di Shah Alam Noli menelefon teman bertanyakan  tempat kami sepatutnya bertemu. Kami berjanji untuk bertemu di  sebuah kedai mamak. Bila Noli kurang satu kilometer dari destinasi teman sms lagi bertanya dah sampai ke belum. Noli dah sampai peringkat rimas.

Kalau sudah berjanji hendak berjumpa dan orang yang akan ditemui dalam perjalanan tidak perlulah tanya sudah sampai atau di mana sekarang.

Kerana kadangkala ia boleh menyebabkan orang berasa rimas dan hilang mood untuk berjumpa.

Pagi ini seawal sebelum jam 8 pagi sudah dapat panggilan dari seseorang yang agak blur dan tidak paham tentang sesuatu. Ini betul-betul menyebabkan darah mendidih. Kemudian dalam perjalanan ke pejabat jalanraya lebih sesak dari biasa.

Ditambah pula dengan panggilan telefon dari orang lain yang agak mendesak suruh cepat emailkan sesuatu walau jaminan sudah diberi akan dilaksanakan dalam masa beberapa minit lagi. Semua ini memang memusnahkan mood hari Rabu Noli hari ini.

 Noli terlupa membawa bag berwarna pink untuk menikmati aiskrim kegemaran Baskin Robbins yang mempunyai kempen Pink Wednesday hari ini. This Wednesday must be really not my day……

Esok Noli akan memandu jauh kerana ada acara di Universiti Malaysia Pahang di Gambang. Noli doakan esok akan menjadi hari yang ceria.