Tiba sudah hari Jumaat dan seterusnya hujung minggu. Noli memang nanti-nantikan hujung minggu ini kerana ingin berehat, berjalan kaki di FRIM, ke spa dan ke salon untuk rapikan kening.

Hari ini penat sikit kerana semalam memandu ke Gambang dan pagi tadi agak sibuk di pejabat. Namun menjelang petang hati semakin ceria bila memikirkan perkara-perkara yang bakal dilakukan pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin.

Tapi Noli rasa malam ini jalan di Kuala Lumpur pasti sesak teruk. Namun tidak tentu juga kerana pagi tadi memandu ke pejabat agak lancar mungkin kerana ramai yang bercuti atau sempena cuti sekolah.

 Minggu ini minggu yang agak sibuk dan banyak stress bagi Noli, jadi hujung minggu yang akan tiba pasti digunakan dengan sebaik-baiknya untuk merehatkan minda dan badan.

Selamat Menyambut Maal Hijrah