Minggu lalu merupakan mingu yang paling sibuk bagi Noli. Sejak dari Ahad sebelumnya Noli terpaksa ke Kemaman dan menginap di Awana Kijal atas urusan kerja. Noli tiba di KLIA pada hari Selasa pagi dan terus menyambung kerja di pejabat petang harinya.

Pada hari Rabu, Noli perlu ke Janda Baik kerana ada tugas di sana pula. Pada hari Khamis Noli sibuk menguruskan hal-hal berkaitan perjalanan ke Bandar Baru Cheneh, Kemaman untuk satu tugasan pada hari Sabtu.

Pada hari Jumaat, selepas makan tengahari Noli bertolak ke Kuantan. Kerana terlalu penat untuk memandu sehingga Cherating  Noli menginap di Hotel Vistana , Kuantan dan menyambung perjalanan  dari Kuantan ke Kemaman pada hari Sabtu.

Memandu berseorangan dari Kemaman ke Cheneh agak mencabar. Jalannya berbelok-belok dan sunyi. Bangkai biawak yang dilanggar kereta banyak dapat dilihat sepanjang jalan tersebut selain lori.

Noli pulang ke Kuala Lumpur pada malam minggu selepas memulangkan kereta yang disewa oleh pejabat untuk Noli gunakan ke Kemaman.

Selepas memulangkan kereta sewa  Noli berjalan-jalan di KLCC dan membeli tiket filem Ombak Rindu untuk keesokan harinya.

Pada hari Ahad, Noli merehatkan minda dan badan dengan menonton filem Ombak Rindu. Noli teringin menonton filem yang dikatakan segelintir orang begitu hebat dan meruntun perasaan.

Ada juga catatan teman di facebook yang menyuarakan hasrat untuk menonton filem Ombak Rindu buat kali kedua.

Bagi Noli, Ombak Rindu memang filem yang baik. Dan Maya Karin membawa wataknya yang perlu bermain dengan emosi dengan begitu berkesan sekali sehingga membuatkan penonton mengalirkan airmata.

 Noli juga menangis sedikit tetapi Noli lebih banyak menangis ketika menonton filem  Hachiko, filem kisah  benar mengenai kesetiaan seekor anjing kepada tuannya.

Noli tidak bercadang untuk menonton Ombak Rindu sekali lagi.  Noli tidaklah terbawa-bawa dengan perasaan cinta dalam Ombak Rindu kerana Noli ada kisah cinta sendiri untuk dilayan…haha.

 Seperti penghujung filem Ombak Rindu, Noli  berdoa semoga kisah cinta lara Noli akan berakhir dengan kebahagiaan insya Allah…..