Media hari ini menyiarkan perasmian Johor Premium Outlet (JPO)  oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dari senarai jenama yang dijual di sana Noli teringin meninjau JPO dari dekat.

Teman-teman yang bekerja di Johor Bahru memberitahu barangan yang dijual di JPO memang murah. Tetapi sering kehabisan stok kerana ramai orang serbu.

Noli tidak kisah jika tidak berkenan atau tidak membeli apa-apa barangan di sana. Asalkan dapat meninjau kawasan tersebut pun jadilah.
Noli ingin tahu sama ada JPO sehebat outlet di Amerika Syarikat yang pernah Noli kunjungi.

Noli berdoa semoga perancangan untuk ke JPO akan menjadi kenyataan dan Noli dapat menulis  mengenai pengalaman di sana….