Tahun 2011 mencatatkan banyak warna-warni dalam hidup Noli. Semua itu merupakan pengalaman berharga. Kini kita akan melangkah ke 2012.

Antara perkara paling manis dalam 2011 adalah Noli berjaya menurunkan sedikit berat badan. Akhir-akhir ini juga ramai yang menegur Noli sudah kurus. Ini merupakan kenyataan yang paling membahagiakan untuk didengar hahaha.
Noli berharap tahun 2012 lebih ramai orang akan berkata Noli semakin kurus. Untuk mencapai matlamat itu Noli perlulah rajin bersenam jalan kaki di FRIM seperti biasa.  Noli juga berdoa agar 2012 akan membawa banyak keceriaan dalam hidup Noli.

Antara perancangan Noli bagi 2012 ialah melancong ke Doha dan bertemu dengan seorang kawan lama.

Selamat tahun baru