Akhbar Kosmo hari ini melaporkan mengenai keunikan Legoland yang bakal dibuka pada penghujung tahun depan. Sudah banyak yang dilaporkan dan ditulis mengenai Legoland.

Noli menunggu masa supaya tempat berkenaan dibuka untuk melihat apakah benar semua kehebatan yang dikatakan itu.

Ketika berkunjung ke Johor Bahru baru-baru ini Noli ada terdengar mengenai tiket Legoland yang sudah pun mula dijual kepada mereka yang ingin menjadi kumpulan pengunjung pertama taman tema tersebut. Namun harganya agak mahal.

Noli tidak bertanya lanjut mengenai tiket Legoland kerana berhajat untuk menunggu sehingga taman tema berkenaan dibuka untuk mengunjunginya.

Turut dilaporkan dalam Kosmo hari ini adalah mengenai  Bandar Hello Kitty yang akan dibuka di Johor tahun depan. Wah banyak betul tarikan baru di Johor Bahru selepas ini.

Biarpun bukanlah peminat tegar Hello Kitty Noli tetap  teringin menyaksikan apa yang terdapat dalam Bandar Hello Kitty  berkenaan.

Biarpun mendapati JPO indah khabar dari rupa Noli ingin berfikiran positif mengenai Legoland dan Bandar Hello Kitty.