Baru-baru ini Noli berkunjung ke Pasar Geylang Serai. Dari Stesyen Bas Larkin Johor Bahru Noli menaiki bas Singapore Johore Expressway dengan tambang RM3.30.

Tiba di Queen Street, Singapura Noli berjalan ke Stesyen MRT Bugis dan menaiki tren ke Paya Lebar.

Dari Paya Lebar, Noli berjalan ke arah Geylang Serai. Namun mata tertarik untuk meninjau Tanjung Katong Complex. Di sana terdapat pakaian Melayu seperti baju kurung, kebaya, blaus dan tudung.

Selepas itu Noli singgah makan di sebuah food court. Noli  mencuba mee rebus special iaitu mee rebus bersama lima cucuk satay ayam.

Kenyang betul makan mee rebus itu kerana selain lima cucuk satay ada juga sebiji telur rebus.

Di Geylang Serai, Noli membeli beberapa pakaian yang berkenan di hati. Selepas itu Noli berkunjung ke Joo Chiat Complex. Di situ Noli membeli sehelai baju kebaya sulam berwarna merah jambu muda.

Suasana di Joo Chiat meriah petang itu dengan persembahan live sebuah kugiran warga emas  yang mendendangkan lagu evergreen P.Ramlee – Saat Yang Bahagia.

Ini diikuti dengan sebuah lagu dangdut yang didendangkan oleh seorang wanita sementara beberapa wanita lain dilihat menari di hadapan pentas.Wah hebat betul kawasan ini, cakap Noli dan teman.

Bila hari menjelang petang Noli bersama teman menaiki MRT ke Orchard  kerana dimaklumkan perhiasan lampu di Orchard Road cukup indah kali ini.

Terdapat pokok krismas emas, pokok krismas Ferraro Rocher dan lampu-lampu berwarna biru.

Biarpun kepenatan kunjungan ke kota Singa pada satu malam minggu baru-baru ini cukup indah dan ceria bagi Noli dan teman.