Minggu lalu Noli ada tugasan di Pekan, Pahang. Itu merupakan pertama kali Noli ke kawasan tersebut. Bagi Noli kawasan Pekan cukup indah dengan alam semulajadi dan mendamaikan.

Noli ke Batu 8, Lepar pada waktu pagi kemudian Noli makan tengahari gulai ikan patin di satu gerai di sana. Ramai teman-teman sekerja yang ke Pekan bersama Noli mencadangkan supaya Noli makan di situ. Memang enak gulai ikan patin berkenaan. Patutlah ia menjadi bualan ramai.

 Selepas makan tengahari Noli melawat Tasik Chini dan minum di Resort Tasik Chini. Itu juga merupakan pengalaman pertama Noli ke Tasik Chini. Resortnya menarik. Restorannya menghadap panorama tasik dan bukit-bukau.

Bagaimanapun jalanraya menghala ke resort itu agak mencabar dan syukurlah Noli tidak memandu sendiri.

Dari Tasik Chini, Noli ke Runchang. Kawasannya cantik dan  begitu hijau. Dari papan tanda di tepi jalanraya Noli dapati Runchang terletak tidak jauh dari Segamat iaitu lebih 100 kilometer sahaja.

Dari Runchang, Noli pulang ke Kuala Lumpur. Biarpun penat Noli gembira kerana dapat mengenali dan melihat suasana di Pekan.