Tiba sudah hari Jumaat, penghulu segala hari. Ini merupakan Jumaat terakhir dalam 2011. Ketika dalam perjalanan ke pejabat Noli merasakan seolah-olah sudah hujung minggu. Trafik begitu lancar, kenderaan tidak begitu banyak dan cuaca juga baik.

Bagaimanapun, Noli tertarik dengan posting fb Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur yang mengatakan nikmatilah hari Jumaat yang tenang sebelum trafik kembali sesak minggu depan.

Memang benar, biasanya selepas cuti umum trafik akan sesak tahap kronik. Segala keindahan ketika waktu cuti akan tercemar sedikit dengan stress yang disebabkan keadaan trafik pada hari pertama ke tempat kerja.

Apa yang penting ialah bersedia dari segi mental untuk kesesakan sedemikian seperti cuba keluar lebih awal dan sebagainya.

Selamat Berhujung Minggu