Hari ini suasana di pejabat agak santai. Tidak ramai yang bekerja dan tidak ramai  yang berada di tempat sendiri. Ada juga yang merancang untuk pulang awal.

Ketika berbual-bual dengan seorang rakan beliau memberitahu Noli, mood bercuti bakal berakhir dan Selasa ini bermulalah segala kesibukan dan stress. Noli menjawab itu adalah perkara biasa di awal tahun.

Namun apa yang membuatkan Noli tergelak ialah bila teman itu sambil memegang kalendar 2012 memberitahu, Januari dan Februari ok kerana ada cuti umum.

Januari ada cuti umum tahun baru Cina sementara Februari ada cuti umum lain termasuk Hari Wilayah.

Tapi Mac dan April tidak ada cuti umum. Mac pula ada 31 hari. Teruklah kita kena kerja dalam dua bulan ini, kata teman ini.

Noli cuma menjawab waktu itu kita ambillah cuti tahun kalau sudah terlalu penat. Noli ada merancang untuk bercuti waktu itu.

 

 Namun pada waktu ini masih terlalu awal untuk meletakkan harapan tinggi kerana manusia hanya mampu merancang……