Di pejabat hari ini ramai yang bertanya tentang di mana Noli menyambut detik 2012. Ada golongan lebih muda dari Noli menyambutnya dengan berparti atau di mana-mana lokasi percutian yang menarik.

Zaman itu sudah berlalu bagi Noli. Pada 31 Disember yang lalu Noli cuma ke kedai aiskrim kegemaran Baskin Robbins untuk menikmati aiskrim Coklat and Peanut Butter. Selepas itu Noli berjalan kaki sejauh 5 kilometer diikuti dengan ke spa.

Pulang dari spa Noli terus tertidur sambil terdengar bunyi mercun dan bunga api sayup-sayup. Esoknya 1 Januari 2012 Noli bangun dalam keadaan segar dan menghadiri majlis perkahwinan teman baik.

Noli rasa gembira menghadiri majlis perkahwinan berkenaan kerana dapat bertemu dengan ramai teman lama dalam satu masa.

 Lebih menggembirakan dan membanggakan ramai yang menegur Noli sedikit kurus berbanding dulu. Tidak sia-sia hadir ke majlis perkahwinan ini, boleh boost my self-esteem haha, bisik Noli dalam hati.

Yang paling bermakna, Noli berjaya menyambung silaturrahim dengan seorang teman rapat satu ketika dulu. Kami terputus hubungan. Ketika Aidilfitri Noli ada menghantar SMS namun tidak berbalas. Jadi Noli menganggap teman itu sudah tidak sudi berkawan lagi dengan Noli.

Namun selepas majlis berkenaan kami menjadi rapat semula sehingga ke saat ini. Syukur kepada Allah.