Minggu pertama 2012 sudah hampir sampai ke penghujungnya. Bagi Noli minggu ini berjalan dengan lancar dan agak baik. Sempena tahun baru ramai juga mereka yang agak keberatan menegur Noli sebelum ini mula menegur di pejabat. Ini perkembangan yang baik.

Noli berjaya menyambung silaturrahim dengan beberapa teman lama pada hari pertama tahun baru dan Noli amat bersyukur.

Kerja-kerja di pejabat juga berjalan dengan lancar – setakat ini.

Memandangkan azam Noli di tahun 2012 ialah menghias rumah Noli bercadang untuk membeli sedikit perhiasan rumah esok atau lusa jika ada masa. Noli tertarik dengan bunga-bunga perhiasan berwarna merah dan merah jambu yang dijual di beberapa  kedai di Petaling Street.

 

Sudah lama berazam berkunjung ke kedai berkenaan namun sentiasa tertangguh kerana sebab-sebab tertentu.

Harap-harap perancangan ini akan menjadi kenyataan pada hujung minggu ini.

Selamat Menikmati Hujung Minggu.