Sudah lama Noli tidak menulis. Ini kerana Noli sibuk menguruskan pelbagai urusan peribadi selain perlu menangani cabaran dan dugaan. Bermula dengan kereta yang sering meragam kerana memasuki usia emas, Noli terpaksa menukar kereta baru yang kini berusia 3 minggu.

Untuk mendapatkan nombor pendaftaran kegemaran iaitu 2288 bukanlah satu hal yang mudah. Harga bagi nombor ini di Selangor dan Kuala Lumpur mencecah empat angka.Untuk mendapatkan plat pendaftaran WWW 2288 memang tidak mampu rasanya..

Mujurlah ada kawan-kawan di negeri lain yang dapat membantu Noli mendapatkan nombor tersebut pada harga RM310 sahaja. Itu pun terpaksa mengadap dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri tersebut. Walau  apa pun Noli bersyukur kerana nombor yang Noli mahukan berjaya diperolehi…

2288 dipilih kerana tarikh lahir Noli jatuh pada 22 Ogos. Memandangkan angka pendaftaran 228 lebih mahal maka Noli terpaksa berpuas hati dengan 2288…Setakat ini kereta baru Noli baru dibawa melancong ke Pulau Pinang sahaja…

Noli ada terbaca ada yang sanggup membayar puluhan ribu malah ratusan ribu untuk nombor-nombor kegemaran mereka. Noli tidak mampu untuk keluarkan wang sejumlah itu

Noli akan cuba menulis dan berkongsi pengalaman dengan lebih kerap selepas ini…..