Sudah dua malam noli asyik pulang pagi sahaja. Sudah lama tidak melepak bersama teman dan pulang awal pagi rasa janggal pula. Biarpun tidak cukup tidur kerana melepak noli seronok. Noli melepak dengan bekas bos yg kini jadi orang politik. Beliau memang bijak dan serba tahu tapi yang menyeronokkan bersembang dengan datuk z ini ialah lawak jenaka beliau. Ada khabar angin yg mengatakan datuk z bakal jadi calon pada pilihanraya nanti. Noli doakan semoga ia menjadi kenyataan. selepas melepak dengan dua orang datuk z yang berasal dari kedah ini keesokan harinya noli melepak bersama kawan perempuan gang gossip girls…banyak juga cerita yang dikumpul seperti suami kawan kami bercadang nikah seorang lagi dan ada teman yang baru dinaikkan pangkat tetapi dipertikai kerana tidak mampu menjalankan tugas dengan baik. Kerana melepak dengan mereka ini 2 malam noli pulang hampir jam 3 pagi…..lalu noli teringat zaman noli pulang pagi dari kelab 10 tahun dulu. Ketika itu noli pulang dari kelab sering berselisih dengan pak cik jiran sebelah yang hendak ke surau untuk solat subuh. Malunya ketika itu…..selalunya pulang dari kelab noli akan beli sarapan dan selepas makan noli akan mandi dan mencuci rambut yang teruk berbau asap rokok sebelum menarik langsir untuk pastikan bilik cukup gelap untuk noli tidur hingga petang. Ketika noli hendak tidur biasanya matahari hendak terbit. Indahnya mengenangka