Noli terbaca mengenai bapa budak Belanda yang diculik Nayati Shamelin Moodliar yang hilang kerja baru-baru ini. Hidup memang penuh dengan dugaan dan cabaran. Noli tertarik bila bapa Nayati berkata beliau hilang kerja kerana enggan meninggalkan Malaysia dan ingin bekerjasama dengan pihak berkuasa negara ini untuk memastikan penculik Nayati dihukum.
Noli  cuma tertanya-tanya mungkinkah mereka yang bekerja bersama bapa Nayati mempunyai kaitan dalam penculikannya?
Mungkinkah penculikan Nayati merupakan satu strategi supaya keluarga Nayati meninggalkan Malaysia?
Memandangkan keluarga Nayati bertekad untuk terus berada di Malaysia maka jalan terakhir untuk mengusir keluarga itu dari negara ini adalah memberhentikan bapanya.
Sama-samalah kita tunggu perkembangan siasatan kes Nayati. Perancang utama penculikan masih diburu polis dan dipercayai  berada di luar negara.
Semoga keluarga Nayati terus tabah…….