Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memenangi bidaan nombor pendaftaooran WWW1 pada harga lebih setengah juta RM. Bekas MB Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin di twitter cuba untuk menjadi hero rakyat dengan mengeluarkan komen mengenai kemenangan baginda dalam membida nombor berkenaan.
Ini menyebabkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Nizar supaya berfikir dan membuat kajian sebelum bercakap.
Negeri Johor memang kubu kuat BN kerana ia merupakan negeri kelahiran UMNO. Pas memang sudah lama ingin melebarkan sayap di negeri itu. Begitu juga PKR dan DAP
Namun tindakan Nizar baru-baru ini pasti akan menyebabkan Pas hilang undi orang Melayu di negeri Johor
Ini kerana orang Melayu di negeri Johor sangat menghormati Sultan Ibrahim yang terkenal berjiwa rakyat. Jiwa rakyat baginda dapat dilihat dalam program Kembara Mahkota yang sudah menjadi sebahagian dari kalendar negeri Johor.
BN perlu memainkan isu Nizar yang tidak menghormati baginda Sultan untuk memastikan pengundi di Johor menolak Pas dalam pilihanraya akan datang.
Dengan ini Johor akan terus menjadi kubu kuat BN yang menghormati dan mempertahankan peranan raja-raja Melayu…….