Ketika  memandu untuk makan malam lewat petang tadi Noli menerima khidmat mesej pesanan ringas dari media berbahasa Inggeris tempatan yang Noli langgan. Mesej berkenaan memberikan maklumat mengenai kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa negeri Selangor mempunyai jumlah tertinggi mereka yang layak tidak mendaftar sebagai pengundi.

Serama 600, 000 daripada 2 juta yang layak mendaftar sebagai mengundi  di Selangor masih tidak mendaftar.

Selesai makan malam Noli melayari Internet dan  terbaca pula berita mengenai keresahan SPR di atas sikap dingin 3.6 juta rakyat di negara ini yang layak mengundi tetapi masih gagal mendaftarkan diri sebagai mengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan bila-bila masa.

Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 600,000 orang diikuti beberapa negeri termasuk Johor (492,454), Wilayah Persekutuan (360,000), Perak (lebih 300,000) dan Kelantan (kira-kira 200,000) Terengganu merupakan negeri yang terendah.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan  masih ramai rakyat yang belum mendaftar sebagai pengundi biarpun tanda-tanda pilihan raya sudah begitu banyak. Malah di sesetengah tempat perang bendera sudah bermula sejak awal tahun.

Noli hairan dalam keadaan Selangor menghadapi beberapa isu termasuklah isu sampah tidak diangkat, isu banyak rumah urut, isu umat Islam masuk gereja dan Shah Alam yang semakin hilang dominasi Melayunya – negeri berkenaan mencatatkan jumlah tertinggi mereka tidak mendaftar sebagai pengundi.

Apakah pengundi di Selangor tidak rasa apa-apa dengan pelbagai masalah yang timbul di Selangor sejak akhir-akhir ini? Atau bagi pengundi di Selangor masalah itu belum cukup kronik atau belum terkena batang hidung sendiri?

Jangan nanti sikap tidak peduli mereka itu menyebabkan keadaan di negeri Selangor lebih buruk pada masa akan datang sudahlah. Nanti bila rumah urut beroperasi di kawasan rumah sendiri dan gadis-gadis urut akan keluar berkeliaran di kawasan rumah mereka sendiri dan dilihat oleh anak-anak yang masih kecil baru tahu. Tidak berguna menyesal di kemudian hari.

Bagi mereka yang belum mendaftar sebagai mengundi eloklah mendaftar. Pilihlah kerajaan yang bertamadun. Bukan kerajaan yang membawa semua masalah ke jalan raya serta menyusahkan masyarakat dan pihak berkuasa.

Janganlah jadi masyarakat standard jalan raya …Ada negara yang bab berdemonstrasi di Kedutaan  Malaysia di negara mereka bukan main lagi. Namun bila hendak mencari rezeki dan menyara keluarga di  kampung negara inilah yang menjadi sasaran.

Jadilah rakyat yang bertanggungjawab dan menggunakan kuasa yang diberikan pada setiap empat tahun. Daftarlah sebagai pengundi dan keluarlah untuk mengundi pada pilihan raya nanti.