Vokalis D’Lloyd meninggal dunia

JAKARTA 9 Jun – Vokalis utama kumpulan D’Lloyd, Syamsuar Hasyim atau lebih dikenali sebagai Sam meninggal dunia awal pagi ini.

Penghibur yang cukup masyhur di sekitar 1970-an itu meninggal dunia pada usia 64 tahun disebabkan kanser paru-paru.

Sam disahkan meninggal dunia pada pukul 7.15 pagi di Hospital Islam Cempaka Putih di sini dan jenazah dijangka dikebumikan petang ini. – UTUSAN

Alfatihah untuk vokalis kumpulan D’Lloyd. Apabila terbaca mengenai berita kembalinya vokalis kumpulan dari seberang ini Noli teringat lagu-lagu kumpulan D’Lloyd yang sering Noli dengar di waktu kecil.

Ketika itu lagu itu dimainkan dalam bentuk piring hitam. Sebelum ke sekolah lagi Noli belajar menyanyi dan menarikan lagu-lagu D’Lloyd seperti Cinta Hampa dan Boneka Dari India. Kini semua itu tinggal kenangan.

Ketika zaman D’Lloyd tidak ada pihak pula yang mempertikai kemasukan lagu dari seberang ke Malaysia seperti hari ini.

 Selain D’Lloyd ada banyak penyanyi Indonesia yang popular di negara ini seperti Emilia Countessa dan sebagainya.

Salah satu lagu Indonesia yang menjadi kegemaran Noli ketika kecil ialah lagu Siapa Pernah Jatuh Cinta.

 Mungkin ketika itu tidak ada pihak yang mempertikai kebanjiran lagu Indonesia kerana apa yang penting ialah karya seni dan lagu-lagu mereka.

Mungkin masyarakat hari ini lebih material dan sikap materialistik itu mengatasi penghargaan kepada karya seni. Entahlah…Noli tidak tahu sangat mengenai dunia hiburan dan seni ini. 

inilah rupa piring hitam yang sering noli dengar waktu kecil