Metro Ahad semalam melaporkan mengenai murid tahun dua di Petaling Perdana yang ditangkap kerana meliwat dalam tandas sekolah baru-baru ini.
Bagi Noli perkembangan terbaru ini amat membimbangkan. Sehubungan itu Kementerian Pelajaran meminta ibu bapa dan guru memantau gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender atau LGBT yang ditunjukkan oleh pelajar bagi mencegah ia menjadi fenomena dan gayahidup masyarakat.

Noli tidak faham dengan mereka yang menyokong LGBT atau mengamalkan gaya hidup songang itu. Dan mereka juga berhak berkata apa saja pada Noli.
Noli ada rakan seorang tomboy. Sungguhpun rakan itu kelihatan macho kerana berpakaian dan berpewatakan lelaki dia lebih penakut dan mudah nangis berbanding Noli yang memakai skirt yang beropol-ropol, berambut panjang, sangat feminin dan ada masanya dilabel gedik.

Sementara seorang rakan lelaki tidak mengaku dirinya gay tetapi tidak pernah membuktikan dirinya jantan…..