Noli pernah terdengar dalam satu program bual bicara di radio beberapa bulan dulu bahawa kempen PRU-13 sudah pun bermula sejak pilihanraya umum yang lalu berakhir pada Mac 2008.
Namun semakin dekat PRU-13 semakin banyak senjata perang yang BN keluarkan.
Bermula dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Rakyat 1 Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (yang bakal masuk pusingan kedua)  dan yang terbaru TR1MA untuk pemandu teksi. Itu belum termasuk bantuan persekolahan dan lain-lain lagi.
Apalagi yang akan BN buktikan menjelang PRU-13? Senjata dan peluru terbaik selalunya digunakan pada saat-saat terpenting.
Apakah BN amalkan strategi save the best for last?