Hari ini beberapa blog mendedahkan nama tiga orang pegawai dari Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0 April lalu.

Noli tidak hairan dengan tindakan ketiga-tiga pegawai berkenaan yang menyibukkan diri turut serta berhimpun isu domestik Malaysia.

Orang Malaysia bukan tidak kenal dengan Singapura. Teman Noli menggelarkan Singapura, USA Wanna Be. Ada yang menggelarkan Singapura sebagai sekutu Israel di Asia Tenggara. Noli pernah mengulas sebuah buku berkisar tentang Lee Kuan Yew.

 Buku itu menyebut Kuan Yew sering takutkan bayang-bayang sendiri kerana Singapura merupakan sebuah pulau yang dikelilingi perairan Islam iaitu Indonesia dan Malaysia.

Tidak perlulah pegawai Singapura itu sibuk mengambil bahagian dalam perhimpunan urusan domestik Malaysia. Lebih baik jaga urusan negara sendiri manalah tahu Mas Selamat yang dijumpai oleh polis Malaysia di Johor beberapa tahun dulu ada pengganti.

Masyarakat Malaysia tidak boleh berdiam diri dengan tindakan 3 pegawai dari Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur ini. Mesej jelas perlu disampaikan supaya mereka tidak masuk campur dalam urusan dalaman Malaysia.

Pegawai-pegawai di Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura tidak pernah masuk campur dalam urusan dalaman Singapura.

Pelbagai pihak termasuk parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya perlu membantah tindakan tiga pegawai ini. Jangan berdiam diri.

Jika pegawai dari Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura yang berbuat demikian pasti Singapura dan rakyatnya tidak akan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Malaysia pasti akan dicemuh di Internet oleh rakyatnya.

Pegawai-pegawai Singapura itu perlu diingatkan supaya hanya memberi tumpuan kepada urusan negara mereka yang tidak  besar mana itu….