Sifu Noli seorang kolumnis, pemikir dan penganalisis baru-baru ini menulis dalam facebook beliau mengenai pengalaman ke Dayabumi dan Pasar Seni pada satu malam bersama anak-anak.
Beliau berkata dari Dayabumi ke Pasar Seni jalan gelap tidak bersih dan terjaga. Banyak pula penagih dadah dan golongan LGBT sehingga anak beliau takut.
Kawasan ini sudah jadi sampah! Itu pandangan sifu Noli yang pergi Dayabumi dan Pasar Seni bertujuan mengimbau kenangan lama.
Noli tidak hairan kawasan berkenaan jadi begitu hari ini. Kerana dulu mungkin kawasan berkenaan tumpuan utama tapi kini sudah ada KLCC, Pavillion, Midvalley dan banyak lagi tempat untuk warga kota bersiar-siar.
Jadi Dayabumi umpama rumah kosong dan Pasar Seni cuma jadi tarikan pada waktu siang saja. Itupun mungkin oleh warga dari luar Kuala Lumpur.
Malah sebelum ini sudah ada laporan bahawa Pasar Seni merupakan tumpuan pasangan gay.
Biasalah di kawasan-kawasan kampung rumah kosong akan menjadi sarang penagih dan lokasi pelbagai masalah sosial. Begitu juga Dayabumi dan kawasan Pasar Seni di waktu malam yang kurang menjadi tumpuan ramai.