Noli baru dengar berita di radio mengenai rampasan dadah di ibu kota. Hampir setiap hari ada rampasan dadah di banyak tempat di ibu negara kebelakangan ini.
Ini satu perkembangan yang membimbangkan. Itu tidak termasuk wanita yang ditangkap sebagai keldai dadah dan warga asing yang ditahan di lapangan terbang kerana membawa dadah.
Berdasarkan senario banyak rampasan dadah hampir setiap hari ia memberikan gambaran bahawa banyak betul bekalan dadah di negara kebelakangan ini.
Bekalan dadah itu semua untuk siapa? Apakah dengan kebanjiran warga asing bekalan dan permintaan dadah bagi negara meningkat?
Penglibatan warga asing dalam jenayah dadah di Malaysia memang tinggi.
Minggu lalu ada pensyarah warga Filipina dan warga Iran yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan dadah.
Apapun tabik kepada pihak berkuasa yang komited dalam membendung masalah dadah di Malaysia tanpa rasa jemu.Semoga Malaysia tidak dilabel sebagai lubuk dadah, syurga pengedar atau transit dadah pada masa akan datang.