Harian Metro melaporkan lebih 10000 pemandu teksi mengemukakan permohonan TR1Ma.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau SPAD masih lagi membuka ruang untuk pemandu teksi mengemukakan permohonan melalui laman web SPAD.
SPAD mengeluarkan borang permohonan melalui laman webnya dan pemandu teksi yang berminat perlu memiliki kad pemandu sah pemandu pertama. Borang perlu diserahkan kepada pejabat wilayah SPAD.
Penukaran boleh dilakukan selepas menerima baucar di 220 rangkaian pembekal tayar jenama Continental dan 187 pembekal tayar jenama Goodyear di seluruh negara.
Maklumat lanjut mengenai bantuan ini akan diumumkan Perdana Menteri pada 24 Jun nanti di Stadium Bukit Jalil.