Hari ini Noli perlu ke KLCC kerana ada beberapa urusan peribadi. Memikirkan yang Noli akan menghabiskan masa yang panjang di sana dan risau memikirkan bayaran letak kereta yang tinggi Noli bercadang untuk menaiki bas dari rumah.

Lagipun pada hari Rabu Noli agak terkejut kerana hanya menghabiskan tidak lebih 3 jam di Taman Teknologi Malaysia dan bayaran letak kereta agak mahal.

Memandangkan sudah lama tidak naik bas maka Noli pun mengambil keputusan untuk naik bas ke KLCC hari ini.

Sejak memiliki kenderaan sendiri pada 2001 Noli cukup jarang naik bas. Sejak itulah juga Noli menghadapi masalah berat badan.

Pada penghujung tahun lalu Noli ada menggunakan bas untuk ke tempat kerja selama lebih 2 minggu. Ini kerana kereta lama Noli menghadapi masalah overheat dan terpaksa ditinggalkan di bengkel.

Apa yang Noli perhatikan apabila menggunakan bas ialah begitu ramai warga asing yang menaiki bas di KL. Apatah lagi hujung minggu bas-bas di KL biasanya penuh dengan Bangla yang berdating bersama awek Indonesia, warga Nepal dan sebagainya.

Kenapa bas-bas di KL sekarang dipenuhi warga asing? Ini bermakna rakyat Malaysia sudah maju. Sudah mampu memiliki kenderaan sendiri paling kurang pun kancil atau motosikal.

Jadi warga KL tidak bergantung pada perkhidmatan bas sepenuhnya dan sebab itulah sebahagian besar daripada penumpang bas di Lembah Kelang adalah warga asing.

Noli masih ingat ketika penghujung 70-an dan 80-an rakyat Malaysia masih banyak bergantung pada perkhidmatan bas. Ketika berhari raya anak yang ramai dibawa menaiki bas awam. Ketika itu masih ramai yang menggunakan basikal ke mana-mana.

Sewaktu sekolah rendah Noli dihantar abang dengan menaiki basikal.

Namun kini semua ada kenderaan sendiri. Hanya warga asing yang gunakan bas atau mereka yang masih baru bekerja dan sedang mengumpul wang untuk memiliki kenderaan sendiri.

Bila memikirkan kemajuan rakyat Malaysia dari aspek memiliki kenderaan memang kita bangga dan gembira.

Namun, masih ada pihak yang mendakwa Malaysia negara yang tidak bagus, itu dan ini. Atau masih ada pihak yang ingin mundur dari segi pemikiran dengan berteriak di jalanan.

Malaysia sudah banyak mencapai kemajuan dan kita perlu terus maju dari segi fizikal dan mental hari demi hari….