BN tidak terikat desakan mana-mana pihak tentukan tarikh pilihan raya

KUALA LUMPUR 22 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) tidak terikat kepada desakan mana-mana parti politik atau pemimpin termasuk pembangkang untuk menetapkan tarikh pilihan raya.

Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO berkata, mengadakan pilihan raya semasa musim haji juga bukan sesuatu yang baru kerana sejarah menunjukkan ia pernah dilakukan sebelum ini tetapi menegaskan ibadah perlu diutamakan berbanding sebarang urusan lain termasuk pilihan raya.

“Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Ada ahli jawatankuasa bahagian saya yang kebetulan hendak dicalon menjadi calon pilihan raya tapi saya tak dapat berhubung dengan dia sebab dia berada di Makkah.

“Bila dia balik, dia terima hakikat bahawa dia tak dapat jadi wakil rakyat sebab kalau dia bertanding, dia menang pada masa itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di sini, hari ini. – BERNAMA

Kebelakangan ini ada parti politik yang kecoh dengan kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU-13) diadakan pada musim haji. Siap meminta jentera parti tangguh haji lagi.

Kalau sudah buat perancangan untuk tunaikan haji teruskan saja kerana haji ini urusan akhirat. Takut-takut kalau tangguh tidak sempat pula tahun depan.

PRU-13 ini urusan dunia saja. Kalau ditakdirkan PRU-13 diadakan juga pada musim haji dan ada yang terlepas peluang jadi calon atau YB, reda saja.

Kerana semuanya ketentuan Allah. Allah yang maha mengetahui.

Sebagai hamba Allah kita tunaikan ibadah dengan sebaik mungkin dan tanpa memikirkan segala urusan dunia.

 Kepada bakal jemaah haji tahun ini semoga mendapat haji yang mabrur. Tunaikanlah haji dengan khusyuk…

<!–