Noli terdengar di radio pagi tadi mengenai taktik terbaru warga asing khususnya Awang Hitam untuk menjalankan perniagaan di negara ini.
Mereka akan menggoda wanita Melayu yang kesepian untuk berkahwin dan selepas itu memujuk isteri memohon permit perniagaan.
Apabila permit diluluskan perniagaan yang dijalankan bukanlah kedai makanan tempatan tapi kedai makanan Afrika.

Apabila terdengar deejay membaca berita itu dari sebuah akhbar Noli terfikir.

Warga asing kreatif, gigih dan proaktif untuk mengambil kesempatan dari kemakmuran negara kita.

Sehinggakan cinta dan perkahwinan menjadi platform untuk cari duit di negara ini.

Tapi warga Malaysia sendiri khususnya orang Melayu sibuk nak tukar kerajaan, berdemo, bersumpah dan macam-macam lagi.

Jangan jadi macam senario kita tengah asyik tengok tv pintu rumah tidak berkunci dan pencuri masuk bawa lari barangan berharga sudahlah.

Akhir sekali tuan rumah yang nganga, selepas seronok tengok tv barangan lain dalam rumah dah hilang…..

Atau beberapa tahun dari sekarang Awang Hitam yang menjalankan perniagaan di negara kita kaya-raya dan pulang ke negara sendiri menginap di banglo serta tinggalkan isteri Melayunya.

Sementara orang Melayu di Malaysia masih berpolitik tak sudah-sudah.