Noli terbaca di twitter ada yang bertanya dan melontarkan teka-teki siapa agaknya dalam kalangan pembangkang yang mempersilakan diplomat Singapura menyertai Bersih 3.0 di Dataran Merdeka April lalu.

Ramai yang meneka DAP dan bukannya PAS atau PKR. Ini kerana DAP merupakan parti serpihan kepada PAP di Singapura.

Mungkin kedua-dua parti ini  masih cuba merealisasikan konsep Malaysian Malaysia. Teori ini juga selari dengan hasrat murni seorang pemimpin kanan DAP untuk memperjuangkan Perdana  Menteri bukan Melayu di Malaysia.

Singapura ada menjelaskan bahawa tindakan 3 diplomatnya itu sekadar memantau dan bukannya mengabil bahagian. Kalau hendak memantau betul-betul secara rasmi kenapa tidak dimaklumkan kepada polis atau pihak berkuasa Malaysia.

Tidak perlu berada di perhimpunan kalau hendak memantau, boleh tengok melalui Internet sahaja.