Harga petrol RON97 turun 20 sen

KUALA LUMPUR 4 Julai – Kerajaan bersetuju mengurangkan harga jualan runcit petrol RON97 bagi bulan Julai sebanyak 20 sen seliter yang akan berkuatkuasa mulai esok.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pengurangan itu adalah ekoran purata harga minyak di pasaran bagi bulan Jun lalu telah menurun.

“Kerajaan sebelum ini telah menurunkan harga petrol tersebut sebanyak 10 sen seliter iaitu kepada RM2.80 seliter pada 7 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, harga tersebut pada dasarnya ditetapkan secara apungan iaitu harga bulanan akan diubah mengikut pasaran.-www.utusan.com.my

Kerajaan semalam mengumumkan pengurangan harga RON97 berkuatkuasa hari ini. Ini pastinya berita gembira kepada semua pengguna.

10 tahun dulu harga minyak turun mungkin agak asing bagi rakyat Malaysia. Noli masih ingat ketika harga minyak naik pada satu ketika seorang teman yang baru pulang dari Amerika Syarikat mempersoalkan harga minyak di Malaysia tidak pernah turun. Hanya naik sahaja.

“Di US harga minyak akan turun apabila harga pasarannya turun,” kata teman itu lagi.

Namun hari ini, Malaysia sudah mengamalkan harga apungan yang diubah mengikut pasaran. Ini merupakan langkah proaktif dan sensitif kepada beban pengguna Malaysia.

Malaysia sentiasa mengambil langkah untuk berubah supaya menjadi negara yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Syabas Malaysia ku….