Najib ucap tahniah kepada Presiden Obama sempena sambutan kemerdekaan Amerika

KUALA LUMPUR 5 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan tahniah kepada Presiden Barack Obama sempena sambutan ulang tahun ke-236 kemerdekaan Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar hari ini, Najib menyatakan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan baik Obama, Malaysia dan Amerika akan terus menikmati hubungan yang mesra.

“Perdana menteri berharap dapat mengukuhkan kerjasama sedia ada antara Malaysia dan Amerika Syarikat untuk kebaikan bersama rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Rakyat Amerika menyambut Hari Kemerdekaannya pada 4 Julai. – BERNAMA

 

Mungkin belum terlambat untuk Noli mengucapkan Happy Birthday America. Noli pernah bercita-cita untuk menuntut di sana dulu namun tidak kesampaian. Selepas bekerja Noli menyimpan impian untuk dihantar melakukan tugasan di sana sama ada apabila pemimpin Malaysia berkunjung ke sana atau apa-apa saja laporan, namun impian ini juga tidak kesampaian.

Tetapi Noli dapat juga rezeki menjejakkan kaki ke bumi Amerika tahun lalu apabila terpilih sebagai International Visitor. Ia merupakan pengalaman paling indah yang tidak akan dapat Noli lupakan sehingga menutup mata.

Kenangan paling tidak dapat dilupakan ialah melawat Golden Gate Bridge di San Francisco. Dari kecil jambatan ini hanya dilihat dalam filem atau rancangan televisyen namun bayangkan Noli benar-benar berada di sana. Bandaraya San Francisco merupakan bandaraya kegemaran Noli.

Bandaraya Portland merupakan bandaraya yang santai dan penuh dengan keindahan semulajadi. Masyarakatnya murah dengan senyuman dan rajin bertegur-sapa. Setiap kali teringatkan kunjungan Noli ke Amerika Noli pasti akan tersenyum sendirian.

Noli berharap satu hari nanti Noli akan dapat bercuti di Amerika sekali lagi.