Uncle Seekers ditahan polis kerana tulisannya yang didakwa memfitnah Sultan Johor. Apabila ditahan polis mendapati pengkaji paranormal berkenaan positif dadah. Jika dia seorang penagih apa jaminan segala fitnah yang dikeluarkan dalam blog itu adalah 100 peratus benar.

Dan apa pula jaminan kajian paranormal yang dilakukannya sebelum ini adalah tulin. Jangan-jangan hantu yang didakwa dilihat adalah halusinasi akibat pengambilan dadah.

Pengajaran dari episod ini ialah jangan memfitnah atau berkata buruk mengenai sesiapa pun sebelum melihat diri sendiri.

Silap-silap diri sendiri yang malu dan keburukan diri sendiri yang terbuka sedangkan orang yang difitnah tidak mendapat apa-apa kesan. Dengan imej pernah mengambil dadah mungkinkah akan ada orang percaya kepada cakap-cakap dan kajian paranormal Uncle Seekers lagi.

Kita tunggu apa nasib Uncle Seekers selepas ini…..