Entah kenapa malam ini Noli betul2 sukar tidur pula. Jadi Noli dengar radio. Terdengar berita mengenai guru2 diminta peka dengan perubahan pada pelajar. Ini bagi mengatasi kes pelajar melahirkan anak di asrama.
Baguslah. Kita sudah penat membaca mengenai pelajar sekolah lahirkan bayi di suratkhabar.
Baru2 ini ada yang lahirkan anak dan letakkan bayi dalam beg sekolah. Ada yang letakkan bayi dalam laci almari dan baldi.
Untuk golongan pelajar sekolah yang lahirkan anak tidak guna baby hatch. Yang penting ialah kesedaran untuk bersalin dengan selamat dan tidak membunuh bayi sendiri secara sengaja atau tidak.