Hujung minggu ini  kita dapat lihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendekati dua golongan masyarakat Malaysia melalui acara yang dihadiri dan dirasmikan beliau.

Pertama ialah Kedai Kain 1Malaysia yang dirasmikan di Hulu Langat Selangor. Ini bertujuan meringankan beban golongan berpendapatan sederhana atau mereka yang ingin dapatkan kain pada harga yang berpatututan.

Hari ini Perdana Menteri menghadiri acara golongan belia pula. Beliau turut mengumumkan geran sukarelawan melalui projek 1M2U dan cadangan mewujudkan radio untuk golongan muda.

Sebelum ini golongan yang didekati Najib ialah pemandu teksi melalui pemberian baucar TR1Ma. Selain pemandu teksi banyak lagi golongan yang sudah Perdana Menteri dekati. Golongan peneroka Felda yang dulunya mengeluh, bimbang dan khuatir mengenai nasib mereka kini sudah tersenyum lebar dan lena tidur.

Selepas ini Noli pasti ada lagi golongan yang bakal mendapat manfaat dari Perdana Menteri. Semua ini beliau lakukan hasil maklumbalas yang beliau terima mengenai apa yang rakyat mahukan dari kerajaan.

Kegigihan, komitmen dan keikhlasan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Najib untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia dan memastikan tidak ada pihak yang rasa terpinggir perlu dihargai.

Dalam entri Noli sebelum ini Noli pernah menulis bahawa strategi BN menjelang pilihanraya adalah Save The Best For Last.

Noli turut meramalkan banyak lagi pihak yang akan menerima habuan dan mendapat perhatian dari Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mungkinkah peluru terbaik BN untuk mengebom pihak pembangkang akan dilepaskan pada pembentangan Bajet 2013? Ia adalah tidak mustahil. Tunggu dan lihat.