Hari ini sudah 3 ramadan. Dua hari sebelum ini Noli tidak bersahur kerana tidak dapat bangun walaupun memasang alarm. Tapi hari ini Noli berjaya melawan rasa mengantuk dan malas untuk bangun. Walaupun bersahur hanya minum air, ia cukup menggembirakan Noli. Noli harap tidak akan terlepas sahur lagi selepas selepas ini….kejayaan berjaya bangun sahur nenceriakan pagi Isnin dan minggu baru Noli. Noli doa minggu ini akan membawa keindahan dan kegembiraan kepada kita semua.