Berita seorang lelaki mengamuk guna pedang di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya baru menggemparkan negara.
Baru-baru ini Amerika Syarikat pula dikejutkan dengan kejadian tembakan di sebuah panggung wayang di Colorado yang mengorbankanan 12 nyawa.
Seorang teman Noli berkata jika suspek kes tembak di AS itu Arab pasti dicap pengganas.
Namun memandangkan dia berkulit putih pikak berkuasa AS menganggap suspek sebagai pelik dan mungkin hadapi gangguan
mental.
Mungkin ada persamaan di antara suspek kes di AS dan Malaysia.
Suspek di Malaysia hidup dalam dunia sendiri dan teori kerajaannya seperti ditulis dalam blognya yang berusia sebulan.
Suspek di AS seolah-olah fanatik debgan senjata api dan dilihat selalu membawa senjata dan memasang perangkap senjara dalam rumahnya sendiri.
Pengajaran dari kedua-dua kes ini ialah jagalah kesihatan mental dan berpijaklah pada realiti.
Dan AS mahupun negara lain tidak boleh menganggap Malaysia negara pengganas berdasarkan kes di Putrajaya kerana kes sedemikian boleh berlaku di mana-mana. Malah di AS serangan menggunakan senjata seperti yang berlaku di Colorodo baru-baru ini bukanlah yang pertama.