Hari ini akhbar Utusan Malaysia menyiarkan laporan khas mengenai harga buffet ramadan yang semakin meningkat. Ketika memvaca iklan-iklan buffet Ramadan Noli terkejut dengan harga buffet yang mencecah RM100. Noli tertanya dalam hati ada juga orang yang sanggup membayar setinggi ini untuk berbuka puasa. Berapa banyak makanan sangat dapat dimakan ketika berbuka. Namun kalau syarikat korporat harga berkenaan tidak menjadi masalah. Apakah perlu mengadakan kadar berbeza untuk korporat dan individu?