Noli memang suka ke bazar ramadan kerana banyak pilihan. Tetapi semalam Noli ke bazar ramadan selepas enam petang. Orang begitu ramai hendak berjalan dan meninjau makanan pun agak sukar.
Memandangkan malas bersesak-sesak Noli cuma membeli juadah di gerai yang pertama sekali dan pulang.
Selepas ini Noli akan keluar awal ke bazar ramadan supaya dapat membeli juadah buka puasa dengan selesa.