Tema Janji Ditepati dan logo Hari Kebangsaan yang kelihatan agak ringkas menjadi isu di media sosial. Turut membangkitkan isu berkenaan ialah portal-portal bebas dan pro-pembangkang. Entahlah mungkin pihak yang berkenaan mempunyai alasan tersendiri untuk memilih Janji Ditepati sebagai tema Hari Kebangsaan. Namun pemilihan tema tersebut mungkin memberikan gambaran tertentu. Rakyat kini kreatif, kritikal dan bijak dalam membuat penilaian dan analisa mereka sendiri. Hasilnya wujudlah lawak jenaka berhubung tema dan logo berkenaan di alam maya.